Tuesday, May 17, 2011

Suatu Petang Yang Indah (Bagi Saya)

Marilah kita berbahasa Melayu pula.
Pada suatu petang yang indah dan cuaca yang agak enak sekali, seperti biasa kami berempat ke Dubai. Kami meluangkan masa yang berkualiti dengan anak2 dengan membawa mereka bermain di pesta.


Begitu seronok sekali mereka berdua bermain! Kami bahagia dengan melihat kegembiraan yang terpancar di muka mereka.


Kami juga sungguh suka sekali melihat keakraban adik beradik ini. Mereka sangat mengambil berat antara satu dengan lain. Selepas membawa mereka bermain, giliran kami berdua pula untuk menikmati pemandangan indah sehingga matahari terbenam.


Kami juga bergelak ketawa melihat gaya anak bongsu kami.


Saya juga tidah lepas peluang bergaya dihadapan kereta Maserati dan Porsche milik orang lain


Dan hari itu kami akhiri dengan makan malam di kedai makan Thai.
Kuew Teow Tom Yum dan Nasi Patayya dia sungguh enak sekali.
Pengalamannya sungguh indah kerana kami dapat mentekedarah masakan yang dikira seperti eksotik di sini.
(Harap maaf, gambar diambil kekuningan kerana saya menggunakan kamera telefon tangan)


Itu sahaja cerita ceriti saya pada hari ini.
Sekian, terima kasih.

3 comments:

jelita78 said...

Ohh sungguh riang ceria sekali cerpen mu ini.
Terasa keseronokkan terpancar di wajah kalian.
Saya turut tumpang gumbira.

pulut coco said...

sungguh skema puan berblogging dalam bahasa melayu....hehehe

yanie said...

bahasa kamu sungguh enak seenak gambar2 yg dihidangkan :)

Related Posts with Thumbnails